Handbang a.k.a Tong Sampah...!!

Salam semua pengunjung yang dihormati. Bertemu lagi kita dalam rancangan SELONGKAR. Rancangan ni lebih kurang macam dalam FUHHHH tu la, menyelongkar handbag wanita. Korang mesti nak tahu apa yang ada dalam handbag dorang tu, bag nak besar je.. tapi bawak apa harem x tahu.. Kalau lelaki tu aku tak kaji lagi apa yang ada dalam beg diorang. let's go tengok apa yang ada dalam bag tuan punya blog ni.. ;))



Purse : seperti benda yang wajib di bawa ke mana2 la kan.. walaupun ada sekupang je dalam tu.. mesti akan dibawak jugak, kalau x percaya try la check, duit x dak, kad kredit pon x ada.. yang ada resit2, tiket wayang dan khazanah kurun yang keberapa pon x tahu la..

Handphone : walaupun pon bukan BB or Iphone.. tapi penting weii, setiasa ada kredit tu.. x penah miss..

Perfume : yang ni sangat penting..! sebab aku minat giler dengan benda ni, wajib ada..
kadang2 tu bawak sampai 2 perfume.. ape kesss kan..

Tisu : wajib jugak ada, nak lap peluh yang sebaldi tuu.. lagi 1 al-maklum lah budak kecik, makan comot punya..

Cermin : nak touch-up manalah tau terpakai maskara kat kening pulak kang..

Sunglass : aku ni x tahan silau, so wajib ada sunglass ni.. bajet kan..! HAHA..

Chewing gum / gula2 : hobi.. kalau x ada pon sanggup singgah g beli.. hee~

Accessories : like gelang, cincin, rantai or whatever laa.. mesti ada, x bawak semua satu dua pon mesti ada dalam bag tu..

Makeup : HAHA.. x payah nk over sangat la, just eyeliner, mascara, compac power, lip gloss n blusher..
not blushing okey..!

that all.. yang lain just simple2 je, amacam cool tak..?? HAHA..
jumpa di next entry.. bubye.. ;)






Perempuan Cantik Vs Perempuan Tak Cantik..!

Assalammualaikum.. tak jawab berdosa tau, kalau jawab gatal.. :)

ingat time kecik2 dulu selalu cakap macam ni kan.. heee~
okey, entry kali ni nak story pasal
"Perempuan Cantik Vs Perempuan Tak Cantik"
kalau dulu saya dah ada cerita pasal cantik itu subjektif kan..
so ni kira ada bau-bau bacang jugak la kannn.. let's go..

Mana perempuan tak mahu cantik.? Kalau ada, aku rasa tipulah.. :). rasanya semuanya mahu kelihatan cantik. Tak kira la untuk diri sendiri atau untuk orang tersayang ataupun untuk tatapan umum. Perempuan dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Umpama Isi dengan kuku. (eh, betul ke peribahasa aku ni.ha3)

Dan semestinya ada cantik dan ada juga yang 'kurang'. Hendak buat macam mana. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah, perempuan cantik sentiasa mendapat perhatian dan senang sahaja untuk meminta tolong. Tak mintak tolong pun ada yang tawar diri nak tolong. Kalau yang tidak cantik.? sentiasa menjadi 'mangsa' diskriminasi terutamanya dari kaum lelaki. betul bukan.?

so, aku pun malas cakap banyak. Jom baca kebenaran tentang diskriminasi yang berlaku antara perempuan cantik dan perempuan tidak cantik.

Kalau perempuan cantik pendiam,
Lelaki akan cakap :- Woow, ciri-ciri isteri idaman…

Kalau perempuan tak cantik pendiam,
Lelaki akan cakap :- Eh, tak reti berkomunikasi betul…

Kalau perempuan cantik berbuat jahat,
Lelaki akan kata :- Mesti ada krisis nih.. kesiannye..

Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat,
Lelaki akan cakap :- Dah la tak lawa, perangai pulak hodoh…

Kalau perempuan cantik menolong Lelaki yg diganggu,
Lelaki akan cakap :- Woow!Heroin sejati…!

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yang diganggu,
Lelaki akan kata :- Hm.. Taktik nak ngorat le tu…

Kalau perempuan cantik dapat Lelaki hensem,
Lelaki akan kata :- Ok la…. Bagai pinang di belah dua..

Kalau perempuan tak cantik dapat Lelaki hensem,
Lelaki akan kata :- Kesian.. mesti dah kena bomoh lelaki tu!

Kalau perempuan cantik ditinggal kekasih,
Lelaki akan kata :- Buta kayu betul mamat tu….

Kalau perempuan tak cantik ditinggal kekasih,
Lelaki akan kata :- Patut pun kena reject…

Kalau perempuan cantik penyayang dgn binatang,
Lelaki akan cakap :- Perasaannya halus…penuh dgn kasih sayang..

Kalau perempuan tak cantik penyayang dgn binatang,
Lelaki akan cakap :- Sesama makhluk harus saling menyayangi…

Kalau perempuan cantik bawa BMW,
Lelaki akan cakap :- Ntah dato' mana bela ni….

Kalau perempuan tak cantik bawa BMW,
Lelaki akan cakap :- Mesti anak org kaya ni…..

Kalau perempuan cantik tak mau bergambar,
Lelaki akan cakap :- Pasti takut kalau2 gambarnya tersebar..

Kalau perempuan tak cantik tak mau bergambar,
Lelaki akan kata :- Sedar pun diri tu…

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki,
Lelaki akan cakap :- Wah.. caring sungguh….

Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki,
Lelaki akan cakap :- Eleh, nak tunjuk caring le tu….

Kalau perempuan cantik bersedih hati,
Lelaki akan cakap :- Don't worry, i will make u happy forever..

Kalau perempuan tak cantik bersedih hati,
Lelaki akan kata :- Sikit2 nak nangis!! Gembeng! mengada2…

kalau perempuan cantik masak,
Lelaki akan kata :- Dah la lawa, pandai masak pulak tu…

Kalau perempuan tak cantik masak,
Lelaki akan cakap :- Ntah sedap ke tak masakan dia tu…

Kalau perempuan cantik main2 miss call,
Lelaki akan kata :- Takpe, rindu la tu…

Kalau perempuan tak cantik main2 miss call,
Lelaki akan cakap :- Ko ni takde keja lain ke…? sibuk ni tau tak..?

Kalau perempuan cantik hantar2 email,
Lelaki akan kata :- Sukenya….

Kalau perempuan tak cantik hantar2 email,
Lelaki akan cakap :- Asyik2 email dia… boring!!

---------------
Bukankah dunia ini sungguh tidak adil. :) manusia bukankah begitu.. Itu bahagian perempuan.. Tapi bagaimana pula kalau Lelaki Hensem Vs Lelaki Tak Hensem..?? saya akan update di next entry..
apa-apa pun semuanya pada kita kan, setiap orang ada kelebihan n kekurangan,
Nothing is perfect in this world :)

Bruno Mars ohhh Cinta Hati

i love you sayanggg..!


hati i ni cair, tolong beku kan balik... awwwwww..

okeyyy.. let's me introduce my drug+my hero+my super in my heart n bla..bla..bla..., this is a Bruno Mars a.k.a Hazie Mars.. :) awwwww..
ya ampun.. seriously suara dia ni sedap gilerrrrrrrrr..! x percaya try dengar..
ais yang ada kat Antartika pon cair beb dengar suara dia ni..
aduhhh~
okeyy.. last saturday konsert dia kat Malaysia tau..! Malaysia okeyyy..!!
bukan, kat America tapi MALAYSIA..
x nak cerita banyak la pasal konsert tu, sebab aku x pergi pon.. :( huhu..
x pe lahhh.. yang penting he's always in my heart 4 ver & ever..!
i will love you sayang.. cewahhhh.. ;)
jeles la tu kan..

The killing song in my heart forever & ever :

  • Just the way you are
  • Grenade
  • Billionaire
  • Count on me
  • Nothing on you
  • Today my life begins
  • The other side
  • Long distance
  • The lazy song
  • Runway
senang cerita satu album la kan.. ;)

P/S : iloveyouu.. Bruno Mars, tolong call saya okey nak teringin nak jumpa awak..
rindu sgt ni.. :(



Jgn biasa kan diri kita dengan kesenangan..

Assalammualaikum.. tak jawab dosa, kalau jawab gatal.. :)

okey.. entry kali ni nak cerita pasal "Jgn biasa kan diri kita dengan kesenangan"
ye la, kalau boleh semua nak "howt" kan, nak :

I pad laa..
BB laa..
Nikon D7000 laa..
Mac book laa..
Pan house laa..
Ferrari enzo laa..
Handbag Guess laa..
Kasut LV laa...
Hanna Tajima laa...

opssssssss.... heeeeeeee~
amboi~ demand nak tinggi mencakar KLCC je.. nama pon contoh kan2..??
tapi memang nak pon.. huhu, so "Jgn biasa kan diri kita ni dengan kesenangan"
biar tercampak di Hutan Amazon sekali pon, still kita boleh hidup kan2..
tak la mati katak nanti..

Orang cakap jangan biasakan diri kita dengan kesenangan, sebab nanti bila susah sikit je kite dah tak boleh nak hadapi. Lagi orang kata, bila kita biasa kan diri dengan kehidupan senang dan mewah ni, jiwa kite tak kental, hati kite tak tabah. Hidup kite tak adventure.

Contohnye bile kite dah biasa kan diri kita naik bas pergi kelas, tiba-tiba satu hari t'tinggal bas, mesti kita tak tentu arah. Mula lah nak mengomel, nk membebel, panas lah, penat lah, macam nak pengsan lah, jauh lah, kaki nak melecet lah..padahal b'jalan kaki ke kelas memakan masa selama 10minit sahaja. Pehalll..

Contohnye bila kita dah biasa kan diri kita makan pakai sudu, tibe-tibe boyfriend kita ajak makan kt umah mak dye yang memang tak pakai sudu, duduk pulak b'sila. Ha, comot kau makan pakai tangan..malam-malam cari minyak urut sebab kaki kejang-kejang duduk bersila. Pehalll..

Contohnye kita dah biasa kan diri kita dengan makan tempat-tempat yang memerlukan duit lebih dari biasa. Kebersihan tip top, service baik punya, makanan sehingga menjilat jari. Kalau boleh hari-hari nak makan sana, cuma duit poket yang ayah kita bagi je tak cukup. Dibuatnye suatu hari kita kene transfer keje ke pedalaman, mane nak cekau Subway, Kenny Rogers, j.co donut kita sume tu. Kopi pun, cap kapal api je ade, jgn harap nak jumpa Starbucks. Mule lah nangis nak b'henti kerja, duduk tepi pintu temenung tak makan 4hari. Pehalll..

Contohnya kita dah biasa kan diri kita dengan barang jenama orang-orang atasan. T-shirt kosong stakat tulis nama brand yg RM270 pun dah boleh buat hidung kembang semangkuk. Akhirnya, pada suatu hari bapa anda muflis, baju kat bundle pun 2-3 kali fikir nak beli. Mula lah otak kusut jiwa serabut tak dapat nak beli baju season baru. Baju je punn. Pehall..

Dulu dan sekarang..!

Dulu..

A : Awak, no telefon awak berapa?

B : sembilan kosong tujuh empat...tekan-tekan tak dapat. Kekekekeke *gelak annoying*


Sekarang..

A : Awak, no telefon awak berapa?

B : zero one nine..tekan-tekan no line. Kekekekekeke *gelak annoying*

Budak-budak skolah sekarang, semua dah ada handphone, tak pakai phone rumah dahh.


*P/S : budak2 sekarang ni hebatttttttttt kalah mak dulu nyahh..!

Andai Lelaki Tahu :)

Andainya lelaki tahu..
*P/S Mista H wajib baca, HAHA..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. kerana makin lama, perasaan mabik berat tu makin menebal dalam diri masing-masing.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

* sharing is caring ;)

I want it..! ♥

paling cool gilerrrrrrrrrrrr..! nak sepuluh please..! :P

for sure kalau aku pakai ni same tinggi dengan Maria Elina.. silap2 kalah die.. HAHA..

i want it..! please.. HAHA.. cool kan wedges heels di atas ni.. awwwww.. jatuh cinta laaa.. <3
bukan cheesy wedges kat KFC tu k... adoi~ tetiba lapar plak.. huhu..
saya memang suka pkai Wedges..!!
that all.. bye.. :)
lalalalalalalallalaalala~

You Make Me... Smile ^___^

ehemm..ehemm.. phewitttt..! HAHA.. 3/4/2011 kitaorang pergi prymid, ye la lepak2 b4 Mista H ni nak balik German.. ecehhhh, HAHA.. kitaorang tengok movie citer katun "HOP", okey what sekali sekala tengok cerita katun.. not bad laa, kelakar.. too much wonderful memories with you i already have, i will not forget it.. you too okey dear..?? ;)
thanks so much 4 everthing what you do for me.. i'm really happy with you..
I do i love you so much Hafiz :)


i love you cause you love me..

double H = Hafiz + Hazie = "HH"

Merongeng bersama Perampuan ku ♥

inilah perempuan ku <3
2/4/2011 merongeng bersama mereka.. memang bertambah Gila la kan, plus ada si muncet a.k.a scandal
Faizal Tahir tu.. HAHA.. poyo..! perasan je FT pon x kenal die kan2.. :P
happening gila la, al-maklum laa.. siapa yang keluar bersama NURHAZIMAH HASSAN a.k.a Maria Elina a.k.a Hanna Tajima a.k.a Yuna a.k.a *siapa lagi yek..?? sedang berpikir ni..
okey perasan gila habis ni.. memang jauh la kan, bagai langit dengan bumi.. ye2, saya sedar okey..! memang akan enjoy la siapa keluar dengan si kecik ni.. :) HAHA..

with scandal FT :P

nie adik Maria Elina, bak kata si muncet la kan.. HAHA

port wajib bila kat prymid ;) j.co donut

kami, kami & kami

bajet Maria Elina la tu, tinggi x cukup.. okey bye..!


ni model howt okey..! nak signnnnn please... ;)

*P/S : x sabar nak tunggu Bulan May bak kata 'si muncet' la.. ada apa dengan May..?? HAHA.. lalallalalalalala~



30032011



Mista H

last wednesday hari itu HH (Hazimahafiz) keluar, ye la rindu-rinduan la kata kan..
ecehhhhh.. poyo, okey kita orang pergi OU.. Seriously bapak gila bosan OU, dah la parking susah, then masuk dalam je kosang cam x ade orang.. tapi yang peliknya parking full..
haih~
okey kita pon pergi tengok wayang cerita "World Invasion" (mista H, dah tahu sebut okey..) :P
cerita ni okey, but x berapa nak paham sangat laa.. mybe aku x berapa sihat kot time tu..
boleh plak pening kepala plus sesema time tu..
adoi~ sabar je laa..
tak kisah la yang penting mak happy nyahh.. awww.. <3

*thanks dear, iloveyou jus the way you are.. HH


Short Entry..! miss him.. :(


Omg..I really miss him..so what can i do.. :(
i hope he same like me.. Mista H..rindu kat you, rindu nak lepak sama, rindu nak makan2, rindu nak gelak2 besar, rindu nak tengok muka you yang comel tu like Safee Sali a.k.a Aaron Aziz.. HAHA.. semua tentang you i rindu..

youuuuuuuuuu.. nanti kita jumpa okey..
Since we met, my heart used to say, when will we be together?
I hope that one day you will be all mine. now you have to be mine forever. haha really hope our relationship will last until whenever. AMIN~~

-NHH- <3



Kau Ingat Kau Tu Cantik, Lawa, Cun sangat ke haa..??



so how about this video..?? good kan..Bukan Semua Cantik Subjektif..!! tengok tittle entry kali ni, warhhh..mara sungguh mak ni nyah, okey bukan just entry kali ni nak cerita topik "CANTIK".
okey..selalunya kita susah nak cakap kalau orang tanya soalan ni kan, so kita pon akan dapat bermacam-macam jawapan.. ada yang jawab..

"Cantik tu sinonim dengan wanita, lelaki mudah jatuh cinta dengan wanita cantik je"
"lelaki cantik akan digelar lelaki jambu.."

korang-korang mesti pernah ayat-ayat ni kan..

"peewittttttttt..hye awek cun, boleh ngorat..tinggal kat mana? no fone brapa? nak boleh..?"
*bila tak di layan, apa lagi marah lan kan dorang ni..ye la macam menjatuh kan saham dorang sebab kita tak layan dorang.. dan mula lah keluar ayat-ayat yang manis macam ni..

"elehhhhh..blah la wey, Kau Ingat Kau Cantik Sangat Ke haaa..Kau ingat kau tu cun, lawa, hot, awesome, gorgeous..apa lagi..

*haaa..mesti kita selalu dgr kan ayat-ayat macam ni..well biasa la, dah tak dapat tu yang mereka pulun habis tu..bia la, as long as kita tak kacau dorang kan2..

okey..sebenarnya cantik ni 1 benda yang subjektif, bagi saya la kan definisi cantik ni membawa
maksud cantik dari Dalaman n then akan terserlah pada Luaran..maksudnya Hati kena cantik dulu baru luaran akan cantik.. selain pemakanan kena jaga juga..
tak guna kalau cantik, cun, lawa atau hensem tapi Hati buruk o busuk..!

Ada orang perasan dirinya cantik. Tapi orang lain pandang, biasa-biasa saja.. Dan ada pula orang yang rasa dirinya biasa-biasa saja, tapi pandangan orang lain sebaliknya.

Moral of the Story nya :) *bersyukurlah dengan apa yang kita ada..itu lebih penting :)
baru cool kan2..
sekian..

Shh ! 10top secret lelaki...


Bukan senang untuk membongkar rahsia seorang lelaki . Seribu kali ditanyapun belum tentu mereka ini mahu bercerita . Ada yang kata lelaki terlalu berahsia . Pada mereka , semuanya privacy apalagi yang ingin tahu itu berlawanan jantinanya . Tapi sama ada sedar atau tidak , melalui gerak-geri gologan ini , kita boleh melihat apa yang tersirat dalam diri mereka . Mungkin dengan cara ini wanita akan dapat lebih memahami lelaki .


1 - Jika seorang lelaki meminati wanita , wanita itu tidak semestinya perlu cantik . Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi , itulah sebenarnya yang lelaki cari dalam diri seorang wanita .

2 - Lelaki mudah menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengan mereka sama ada dari segi pemikiran , minat dan sebagainya . Ia akan memnudahkan komunikasi dan tidak berlaku perselisihan pendapat .


3 - Lelaki sebenarnya tidak mengetahui apa yang dirasakan oleh seorang wanita . Sebab itulah , kadangkadang mereka kelihatan bersikap endah tak endah sahaja .


4 - Majoriti lelaki akan resah bila berhadapan dengan situasi untuk mengajak wanita keluar buat kali pertama . kononnya malu dan takut wanita itu menolak . Tapi sebenarnya hati berasa tidak tentu arah .


5 - Bila lelaki cakap "emm..tengokla dulu" . Itu bermaksud jawapannya tidak atau kurang setuju . Jadi wanita kalau sudah dengar 'bunyi' seperti itu faham faham sajalah.. jangan terlalu berharap lelaki bersetuju yea .


6 - Biasanya lelaki yang kelihatan tertekan atau kurang selesa dengan wanita datang daripada sekolah budak-budak lelaki tetapi bukan semuanya . Bahkan kalau sudah berbiasa bergaul , mereka jugak berbakat bergelar playboy .


7 - Biar betapa hebatpun seorang lelaki itu mempunyai kawan kawan wanita yang ramai serta cantik-cantik belaka . Dia tetap mempunyai seorang sahaja teman istimewa dan semestinya antara ramai ramai kawannya itu hanya ada seorang sahaja yang betul betul mencuri hatinya


8 - Bila hubungan putus di tengah jalan , lelaki tidak akan menunjukkan kesedihannya di hadapan orang lain . Mereka perlu nampak macho sepanjang masa . Kalau sedih sedih bimbang dikutuk oleh teman-teman .


9 - Jika meminati seseorang lelaki , ada kalanya wanita harus memberikan hint . Mana tahu lelaki itupun menaruh minat terhadapnya . Kadangkadang lelaki ni tidak perasan wanita sukakannya sampailah ada orang memberitahunya .



10 - Kebanyakkan lelaki cukup lemah dengan air mata wanita . Mereka akan lebih tewas jika air mata itu mengalir dari seorang wanita yang mereka kasihi . sebab itulah air mata dikatakan senjata wanita .


woooo..rahsia mu "Wahai Kaum Adam telah terbongkar"...HAHA..so pada perempuan tu please la take note okey, jangan pula mengambil kesempatan atas kebaikkan Si Dia.. :)

Ohhhh Hana Tajima..~





i'm fall in love with her!! amboi~ Mista H jangan jeles k.. HAHA..
i love her style with her hijab style je okey.. :)

Hana Tajima is one of the example for hijib style right now…seriously she is so beautifully gorgeous…

Seriously i'm kinda speechless when i see her elegant picture….. is this love at first sight?….hehehe.. amboi~ melampau la tu kan2..




awwwww..you are my inspiration Hanna..<3>



Malaysian top model...!!








agak poyo pic di atas ni, HAHA.. okey tajuk pon dah agak poyo gitu kan2, perasan je lebih.. HUHU.. tapi kan orang cakap kita kena berangan dulu baru jadi kenyataan.. tapi, ni berangan melampau sangat kan.. tak masuk akal HAHA.. harapan la nak jadi model, tinggi cukup ke..? tettttttttttt.. :
Pokey just nak share pic yang kitaorang shoot hari tu.. ;)seriously best giler.. happening..

Photographer : RSF

My hero..!


Mr Hafiz Aziz <3
My Darling, My dear, My Gemokk, My Baby :)

Sometimes when I look into the mirror and ask myself why I love you. I'm wondering why. My mind keep thinking and thinking and thinking.. Than suddenly my heart said, Because the way you treat me well, the way u make me smile, the way you make me laugh, the way you take good care of me, the way you gave me passion, and all kind of thing that make me continuous to love you..

hye you i love the way you are.. :) i sayang you macam orang gila nak duduk kat Tanjung Rambutan tau tak.. i ada you sorang sahaja..tak ada DUA,TIGA atau SERIBU..you ONE IN A MILION kat hati i ni..
  • semoga kita akan bahagia dan terus bahagia
  • semoga kasih sayang you kat i bertambah2 dan tak akan berkurang
  • semoga kita akan menghadapi sebarang masalah bersama & cuba selesai dengan sebaiknya
  • semoga semuanya lah..Amin..
Ikhlas dari Hati ke Hati : NurHazimah Hassan..


Kawen..! Kawen..! Kawen..!

kenangan bersama Raja Sehari

antara yang datang

hazimah tu yang penting okey..! haha..

ikhlas dari kami


alahai~
seronak ye dengar cerita orang kawen ni..nak kawen juguk laa...attention please..! to yg berkenaan tu cepat2 la masuk meminang k..hahaha..gatai na hang ni hazieshi..macam la pandai masak,huhu..Hello..see my hand la,pandai okey..
okey let's me straight to the point,actually my friend time primary school yang kawen..
finally,kawen jugak kan..betul la orang cakap "ADA JODOH TAK KEMANA" biar pun di dunia mana sekali pun,andai takdir sudah tersurat begitulah jadinya..
warhh2...jiwang la pulak..heeee~
wish to : I pray and wish happiness for both of you on your wedding day..semoga berbahagia dan kekal hingga ke nafas terakhir..and semoga mendapat anak2 yang comel macam NURHAZIMAH HASSAN.. *perasan nak mampus..haha.. amin..





this page is still in working progress !!


tunggu ah blog ni nanti bile dah kene make up :D yeahyeahh~
hahaha..
just wait and see okeyy ^__^

23 FEB 2011 Final are over..! merdeka..merdeka..merdeka..

MISSION OVER..!!
yeahhhh ! akhirnya hari yg di nanti nantikan telah tiba . hoho tadi last paper...so pasni x payah nak pening2 la kan..relex n cool..haha..
the most important things...

exams are over ! now , time to enjoy . haha . ;)) yeahhh

Officially Bosaannnnnnnnnnnnnnn...!!





huh..
seriously bosan tahap mati..tak tahu nak buat apa..
study la hazimah..final NEXT WEEK okey bukan NEXT SEM..
adoi~~
the problem is tak ada mood la kalau kat rumah ni..banyak sangat gangguan..
cehhhh..padahal ALASAN je kan..
kalau nak seribu daya laaa.. *pap
padam muka terkena batang hidung sendiri...haaaa..hambek kau..
cool..tengah amik mood study ni..







LADIES OUT DAY....!!!

lokasi di maxis center..


kak unnnnnn nak signnn pleasee......

saya ada macam HANNA TAJIMA tak..??
jgn nak perasan la weyyyy..!!
HAHA~~



candid okeyyyy..snap by si muncet la kan..!


from left :unn,hamizah,sue n that me.. ;)


new visitor ;)

hehe..
gong xi..gong xi..!! fist of all..i want to say this blog just about ME and
about MY LIFE...so x bermaksud apa2 pon..
just have fun okeyy..
my name is NURHAZIMAH BINTI HASSAN
MY IC NUMBER 900516145184
MY MATRIC NUMBER 1033119
MY FAV NUMBER 5
MY HANDPHONE NUMBER 017390****
okeyyy stop...zzzzzzzzz""
actually i'm a new blogger..
saje nak tukar angin layan blog jap..